Rabu, 14 Julai 2010

Apa Nak Jadi ?


Selamat malam semua . Hari ni aku kerja malam dari jam satu pagi hingga jam tujuh pagi . Jenuh juga le aku nak berjaga selama enam jam ni . Nasib baik kawan aku ada untuk menghilangkan mengantuk , siapa ? siapa lagi kalau tak si Tongkat Ali .

Malam ni tetiba aje rasa nak mencoret dan berkongsi cerita dengan sahabat semua . Maklum le malam-malam ni kerja kurang sikit jadi apa lagi dari membuang masa baik mencoret . Sebelum pergi kerja tadi sempat juga aku membaca akhbar Harian Metro .

Aku tertarik dengan tajuk muka hadapannya yang berbunyi "jeritan sia-sia" . Tajuk berita tersebut menceritakan dimana seorang ibu terpaksa melihat anak lelakinya merogol teman wanitanya dihadapan matanya sendiri tanpa perasaan belas kasihan walaupun si ibu telah menjerit meminta agar anak lelakinya tidak meneruskan perbuatan keji itu .

Anak lelaki beliau yang bagaikan dirasuk iblis tidak menghiraukan permintaan ibunya . Yang paling aku hairan , anak lelakinya telah merogol teman wanitanya sebanyak empat kali sebelum menghantar gadis itu pulang . Kalau sekali aku faham le juga tapi ini sampai empat kali , takkan si ibu tak buat apa-apa seperti minta bantuan jiran atau talifon pihak berkuasa ajer . Hairan aku......?? Mungkin si ibu malu atau takut sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada anaknya ..Begitulah sifat si ibu sentiasa melindungi tetapi dalam keadaan begini patutkah si anak dilindungi ???? Renungkanlah .......!

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku di zaman sekarang . Apakah tiada perasaan perikemanusiaan atau belas kasihan . Di manakah akal fikiran yang telah dikurniakan kepada kita . Begitulah keadaan kita sekarang hidup mengikut perasaan bukan hidup mengikut akal .

Bagaimanakah dunia ini pada sepuluh tahun yang akan datang ? Entahlah......???

Selasa, 13 Julai 2010

Siapa saya



Bismillahhirahmannirahim ........!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ....!

Saya adalah seseorang yang bernama Fikri (coretandesa)
Saya merupakan seseorang yang suka berkongsi cerita , masalah , ilmu malah apa sahaja kerana saya mahu menambah ilmu pengatahuan serta pengalaman diri.

Saya amat baru dalam dunia Blog ini namun itu tidak membuatkan saya mustahil dari menjadi seorang blogger yang berjaya.

Saya mempunyai minat dalam bidang komputer serta minat untuk melakukan perniagaan.Apa yang saya coretkan didalam blog saya akan mengambarkan peribadi saya . Semoga kalian semua dapat memberi sokongan dan tunjuk ajar kerana "saya adalah budak baru belajar" .

Sekiranya semasa saya membuat coretan di blog dan ada kesilapan yang saya lakukan jangan sengan atau takut untuk menegur kerana saya amat berfikiran terbuka . Sekiranya berlakau hubungilah saya .

Setiap kejayaan tidak pernah hadir tanpa seseorang itu mengalami kegagalan namun begitu kegagalan hanya akan menjadi kejayaan sekiranya kegagalan itu disulami dengan teguran dan nasihat serta panduan . Itulah realiti kehidupan .

"Keindahan kejayaan kehidupan"